Kamis, 19 Mei 2011

isyarat bendera

Isyarat Bendera Internasional Pada Kapal



Keterangan Dari Masing -  Bendera :

A (Alfa)
"Ada penyelam dalam air; jauhkan diri dan berlayar perlahan."
Dengan tiga angka, azimut atau bearing.

B (Bravo)
"Kami sedang memasukkan, atau mengeluarkan, atau mengangkut bahan berbahaya." (Asalnya digunakan oleh Tentera Laut Diraja khususnya untuk bahan letupan tentera.)

C (Charlie)
"Sudah tentu." * **
Dengan tiga angka, haluan dalam darjah magnetik.

D (Delta)
"Jauhkan diri; kami mengalami kesukaran mengemudi kapal."
Dengan dua, empat atau enam angka, tarikh.

E (Echo)
"Kami mengubah haluan ke kanan."**

F (Foxtrot)
"Kapal ini hilang upaya; berhubung dengan kami." (Jika dikibarkan oleh kapal induk pesawat udara; "Amaran; operasi penerbangan sedang dijalankan.")


G (Golf)
"Kami memerlukan malim."
Apabila dikibarkan oleh kapal perikanan yang dekat dengan kawasan perikanan, ertinya: "Kami sedang menarik jaring."
Dengan empat atau lima angka, longitud. (Dua angka terakhir menandakan minit, sebelihnya darjah.)


H (Hotel)
"Ada malim dalam kapal."

I (India)
"Kami mengubah haluan ke kiri."**

J (Juliet)
"Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan berbahaya: jauhkan diri," atau "Kami kebocoran barang muatan berbahaya."


K (Kilo)
"Kami hendak berhubung dengan anda." Dengan satu angka, "Kami hendak berhubung dengan anda melalui..."; 1) isyarat Morse dengan panji-panji atau lengan; 2) Pelaung suara; 3) Lampu isyarat Morse; 4) Isyarat bunyi.


L (Lima)
Di pelabuhan: "Kapal ini sedang dikuarantin."
Di laut: "Tolong hentikan kapal dengan segera."
Dengan empat angka, latitud. (Dua angka pertama dalam darjah, selebihnya dalam m

M (Mike)
"Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air."**

N (November)
"Tidak."*

O (Oscar)
"Orang jatuh laut."**
Jika diterbalikkan, menjadi bendera semafor.

P (Papa)
Blue Peter.
Di pelabuhan: Semua kakitangan mesti melapor diri dalam kapal kerana kapal akan berlepas ke laut.
Di laut: Boleh digunakan oleh kapal perikanan untuk menyatakan: "Jaring kami terkena hambatan dalam laut."

Q (Quebec)
"Kapal kami 'sihat' dan kami memohon pratik bebas."

R (Romeo)
"Kapal ini tidak bergerak."
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, jarak dalam batu nautika.


S (Sierra)
"Kapal ini sedang bergerak mengundur." **
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam knot.

T (Tango)
"Jauhkan diri; pukat tunda berpasang sedang digunakan."
Dengan empat angka, waktu tempatan. (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)

U (Uniform)
"Anda sedang menuju ke kawasan bahaya."

V (Victor)
"Kami memerlukan bantuan."
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam kilometer sejam.


W (Whiskey)
"Bantuan perubatan diperlukan."


X (Xray)
"Tolong hentikan segala rancangan anda dan nantikan isyarat kami."


Y (Yankee)
"Kami sedang menyeret sauh."

Z (Zulu)
"Kapal tunda diperlukan."
Jika dikibarkan oleh kapal perikanan yang berdekatan dengan kawasan perikanan, ertinya: "Jaring sedang dilepaskan."
Dengan sekurang-kuragnya satu angka, waktu (UTC). (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar